Saturday 29 March 2014

Oh My Keningau


Asal usul keningau

Keningau adalah sebuah bandar yang terletak di kawasan pedalaman SabahMalaysia dan terbesar di Bahagian Pedalaman atas.Keningau kini merupakan bandar kelima terbesar selepas Tawau dan Lahad Datu.
Bandar ini terletak di latitude dan longitud pada 5 20'0 U - 116 10'0 T. Keningau bersempadan[1] dengan Daerah Ranau dan Tambunan di sebelah Utara, Nabawan dan Tenom di sebelah Selatan, Tongod di sebelah Timur dan Papar di sebelah Barat sabah. Keningau kini dibawah pentadbiran Majlis Daerah Keningau(Pentadbiran lama) dimana ia mempunyai pekan-pekan kecil yang berada di sekitar bandar seperti Apin-Apin, Bingkor, Sook, Nabawan dan Tambunan.
Bandar Keningau boleh dihubungi menggunakan jalan darat dari Kota Kinabalu melalui jalan Tambunan atau melalui jalan Kimanis di mana masing-masing mempunyai jarak sekitar 128 kilometer yang mengambil masa kira-kira 2.5 jam perjalanan, ke Sandakan melalui Lebuhraya Keningau-Sandakan dan ke Tawau melalui Lebuhraya Tawau-Keningau dengan menaiki sama ada perkhidmatan teksi, bas mini mahupun bas express. Selain pengangkutan darat, terdapat juga perkhidmatan pengangkutan udara di Bandar Keningau. BagaimanapunLapangan Terbang Keningau hanya sesuai untuk kegunaan kapal terbang jenis foker sahaja.

Berdasarkan kepada sejarah silam, terdapat sebuah kawasan perkampungan yang banyak ditumbuhi dengan kayu manis iaitu sejenis rempah untuk memasak. Dalam bahasa masyarakat tempatan di kawasan tersebut, mereka memanggilnya sebagai kayu kondingau.[2] Ketibaan orang Inggeris di kawasan tersebut menjadikan kulit kayu keningau menjadi salah satu bahan eksport mereka. Secara tidak langsung kawasan pedalaman menjadi pengeluar kulit kayu Keningau yang penting pada ketika itu. Akhirnya, kawasan tersebut dipanggil keningau dan daripada sebuah perkampungan seterusnya membangun menjadi sebuah bandar yang tidak ketinggalan dengan kemajuan dan menjadi pusat pentadbiran di kawasan pedalaman Sabah.

Majoriti penduduk di Keningau melaksanakan aktiviti pertanian khususnya masyarakat kaum Kadazandusun. Mereka mengusahakan tanah yang diwariskan secara turun temurun dengan penanaman padi, sayur-sayuran untuk dipasarkan di tamu Keningau yang beroperasi dua kali seminggu iaitu tamu hari Khamis dan Ahad. Juga dijaja ke pasar malam Keningau yang beroperasi pada waktu malam setiap hari. Keningau akan dijangka menjadi antara daerah pengeluar padi terbesar di Sabah dengan adanya program yang dijalankan di Kampung Ambual yang disasarkan akan mengeluarkan 10 metrik tan sehektar melalui program penanaman padi berkelompok. Keningau juga adalah pusat penanaman halia secara individu [tradisi].
Dengan sedikit bantuan kerajaan bagi mengusahakan tanah maka ramai penduduk tempatan di Keningau mengusahakan penanaman komoditi seperti kelapa sawit dan getah. Penternakan juga giat dijalankan dengan ternakan kambing, lembu, ayam dan itik. Kelulusan penternakan feedlot di Daerah Kecil Sook bukti bahawa bidang penternakan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dikalangan penduduk tempatan.
Selain daripada itu, perusahaan IKS di Keningau juga semakin berkembang dengan ramai melibatkan diri khususnya para wanita. Dengan pembinaan Komples Kraftangan Keningau membolehkan perusahaan kraftangan dapat dikembangkan hingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan bantuan kerajaan dari segi kewangan dan khidmat kaunseling.

Walaupun bidang pelancongan bukanlah penyumbang kepada ekonomi penduduk di Keningau namun ianya satu bidang yang banyak diusahakan oleh penduduk sekitar. Ini dapat dibuktikan bahawa pembinaan homestay di Kampung Bayangan.
Kampung Bayangan terletak tujuh kilometer dari pekan Keningau dan mempunyai 1,423 penduduk pelbagai suku kaum dan majoritinya terdiri daripada suku kaum Dusun yang 100 peratus beragama Islam. Kampung ini pada mulanya merupakan dua buah kampung iaitu Kampung Bayangan dan Kampung Purakagis tetapi digabungkan di bawah program GDW. Mengikut sejarah, Kampung Bayangan mendapat nama dari sebatang anak sungai yang jernih mengalir ke kampung tersebut. Kejernihan itu sehingga menimbulkan 'sangai' dalam bahasa Dusun yang bermaksud bayang-bayang disingkatkan menjadi 'Bayangan'. Sebilangan besar masyarakat kampung ini bekerja dangan sektor awam dan swasta dan hanya sebahagian kecil masyarakatnya menjadi usahawan (berniaga, bertani dan menternak)
Keseluruhan kampung menikmati kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan letrik, air dan telefon. Disamping itu terdapat sebuah Sekolah Agama Islam Sabah (SUIS), Tadika KEMAS dan Perpaduan, Medan Info Desa, Dewan Serbaguna, Masjid dan Balai Polis dan lain-lain. Manakala keperluan masyarakat yang lain ialah Balai Masyarakat (Bilik Muafakat), Bangunan Kesejahteraan Masyarakat (Masakan), Pusat Komuniti Rukun Tetangga, Anjung Sri Bayangan (Peranginan) Balai Latihan Kraftangan. Beberapa rumah kediaman di kampung ini juga telah diiktiraf sebagai Inap Desa (Homestay) selain dari itu beberapa kemudahan penginapan pengunjung berupa ‘celet’ dan gerai makanan.
Sebelum ini pada tahun 1986, kampung bayangan mula melakar nama apabila muncul sebagai johan Pertandingan Kebersihan Kampung Peringkat Daerah Keningau dan negeri Sabah. Pada 1998, sekali lagi kampung bayangan menyandang gelaran johan Pertandingan Kebersihan, Keindahan dan Kemajuan Kampung (P3K) peringkat daerah dan negeri. Pada 1999, kampung tersebut dipilih pula sebagai johan kategori Pendidikan dan Latihan Kemahiran dan tahun 2000, sekali lagi johan pertandingan P3K peringkat negeri dan kebangsaan. Selain mengikuti pertandingan GDW, kampung bayangan juga berjaya muncul sebagai masjid terbaik peringkat negeri pada tahun 1990 anjuran Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan johan pameran Kumpulan Pendengar, Penonton dan Pembaca (K3P) peringkat negeri. Sehingga hari ini Kg. Bayangan adalah sebuah kampung yang mewakili Negeri Sabah dan Sarawak yang telah menerima anugerah tertinggi “Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan Tahun 2004” dimana Y.A. Bhg. Tun Hj. Abdullah Hj. Ahmad Badawi (Perdana Menteri Malaysia) sendiri hadir dalam satu majlis penganugerahan rasmi pada 12 Disember, 2004 satu-satunya tarikh keramat bagi kampung ini. Pada tahun 2008 sekali lagi kampung ini menempah nama dan mengharumkan nama Sabah dengan “Anugerah Khas Desa Gemilang Kebangsaan”. Yang juga disempurnakan oleh Y.A. Bhg. Tun Hj. Abdullah Hj. Ahmad Badawi (Perdana Menteri Malaysia) ketika itu di Kg. Paya Rumput, Sungai Udang Melaka. Disamping itu beberapa lagi anugerah, kejayaan dan kepercayaan lain diperingkat kebangsaan, negeri dan daerah telah dicapai. Kg. Bayangan akan terus melonjak menuju destinasi mengikut arus global. Menerima anugerah bukan suatu yang pertama kali diterima oleh GDW Kampung Bayangan tetapi ia merupakan yang paling tinggi setakat ini.

Walaupun tidak segah tempat-tempat lain namun di bandar Keningau mempunyai pusat membeli belah untuk keperluan dapur dan barangan lain, dan ianya cukup untuk memenuhi keperluan harian penduduk. Bagaimanapun dengan pembinaan taman-taman perumahan baru sekitar bandar Keningau kini pasti menyumbang kepada pertambahan populasi penduduk dalam masa terdekat dengan itu pembukaan pusat beli belah baru sangat digalakkan. Antara adalah pusat memebeli belah di Keningau.
  1. Milimewa (Jalan Masak)
  2. Milimewa (Jalan OKK Sodomon)
  3. Hiap Lee Supermarket
  4. Survey
  5. Keningau Mall
  6. G-Mart




No comments:

Post a Comment